Gunung Lang Rock Climbing Challenge

Gunung Lang Rock Climbing Challenge
Event Info:
Registration Closed

ABOUT

EVENT CANCELLED

HI GUYS!! SOMETHING EXCITING WILL BE HAPPENING IN IPOH! LOOKING FOR THINGS TO DO THIS AUGUST? 

WELL TO ALL THE CLIMBER LOVERS, GOOD NEWS BECAUSE GUNUNG LANG ROCK CLIMBING CHALLENGE IS COMING YOUR WAY!. SO WHAT ARE YOU WAITING FOR?! BOOK YOUR WEEKEND ON 29.08.2020 AND REGISTER NOW ❤


RACE PACK COLLECTION

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa program Gunung Lang Climbing Challenge 2020 bersama dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan Mendaki Negeri Perak telah diadakan pada 28 Mei 2020. 

Justeru itu, pihak penganjur dengan ini mengumumkan program Gunung Lang Rock Climbing Challenge 2020 akan dibatalkan.

Pihak Persatuan Mendaki Perak akan memulangkan wang pendaftaran kepada setiap peserta melalui online banking dan pihak kami juga akan menghubungi setiap peserta untuk maklumat akaun bank. 

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh hubungi wakil kami, Izzah melalui panggilan/whatsapp di talian 017-4670412.


REGISTRATION ENDS AT

31 May, 2020 11:59 PM (GMT +08:00)



EARLY BIRD TICKETS ARE AVAILABLE!

Gunung Lang Rock Climbing Challenge



CASH PRIZES!

Gunung Lang Rock Climbing Challenge



Entitlement

1. Event Tee
2. Medal





T-Shirt Design & Size Chart

Gunung Lang Rock Climbing Challenge
Gunung Lang Rock Climbing Challenge




Medal Design

Gunung Lang Rock Climbing Challenge




Additional Information

1.0	 Terma dan Syarat-syarat Umum
1.	Peserta hendaklah menghadirkan diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum taklimat pertandingan bermula.
2.	Penganjur berhak meminda mana-mana peraturan dan undang-undang pertandingan tanpa sebarang notis.
3.	Peserta diwajibkan memakai T-shirt pertandingan semasa pertandingan berlangsung.
4.	Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan mana-mana gambar atau rakaman para peserta untuk tujuan pengiklanan atau promosi tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
5.	Hakim / Penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana peserta dari pertandingan jika peserta dianggap tidak layak secara fizikal atau tidak mampu meneruskan pendakian.
6.	Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, kerugian dan kehilangan harta benda peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
7.	Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
8.	Peserta di bawah umur 18 tahun hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa/penjaga.
9.	Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian sekiranya pertandingan terpaksa ditangguh atau dibatalkan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti hujan lebat/kilat.
10.	Segala keputusan akhir akan ditetapkan dan disahkan oleh Ketua Juri.
11.	Sebarang kehilangan kad skor akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sebagai ganti rugi kad skor baharu.

2.0	 Pendaftaran
1.	Tarikh akhir pendaftaran adalah 14 Ogos 2020.
2.	Pendaftaran tidak akan dilayan sekiranya melepasi tarikh akhir yang telah ditetapkan.
3.	Bayaran tidak akan dipulangkan sekiranya peserta gagal menghadirkan diri pada hari pertandingan.

3.0	 Peralatan
1.	Semua peserta diwajibkan memakai peralatan mendaki. Helmet adalah WAJIB. 
2.	Penganjur ada menyediakan kaunter penyewaan barang mendaki tetapi terhad.

4.0	 Syarat-syarat Kelayakan
4.1	Kategori “Open (Men/Women)”
1.	Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

4.2	Kategori “Novice (Men/Women)”
1.	Terbuka kepada mereka yang tidak pernah menduduki antara tempat pertama hingga ketiga mana-mana pertandingan mendaki batu yang pernah dianjurkan di Negeri Perak. (IRCC,BKRCC)
2.	Atlit mendaki negara TIDAK DIBENARKAN menyertai kategori ini. 

4.3	Kategori “Closed Perak (Men/Women)
1.	Terbuka kepada semua individu yang berasal dari Negeri Perak dengan kod kelahiran negeri yang tertera pada kad pengenalan adalah 08. 

4.4	Kategori “Open 13-17 years old (Boys/Girls)”
1.	Terbuka kepada semua pelajar atau bukan pelajar yang berumur antara 13 tahun hingga 17 tahun.
2.	Atlit mendaki negara TIDAK DIBENARKAN menyertai kategori ini. 
4.5	Kategori Open 7-12 years old (Boys/Girls)”
1.	Terbuka kepada semua pelajar atau bukan pelajar yang berumur antara 7 tahun hingga 12 tahun.
2.	Atlit mendaki negara TIDAK DIBENARKAN menyertai kategori ini. 

5.0	 Format Pertandingan
1.	Pertandingan terbahagi kepada lima kategori iaitu “OPEN”, “NOVICE”, “CLOSE PERAK”, “7-12 years old” dan “13-17years old”. Setiap kategori terbahagi kepada 2 iaitu lelaki dan wanita.
2.	Pertandingan adalah berkonsepkan perseorangan/individu.
3.	Format pertandingan mendaki kali ini adalah “Top Rope”. 
4.	Penentuan pemenang adalah berdasarkan mata terbanyak dan sekiranya pemenang mempunya nilai mata yang sama, pemenang akan dibezakan dengan masa tersingkat.

6.0	 Bantahan
1.	Sebarang bantahan terhadap keputusan pertandingan hendaklah dibuat 5 minit selepas keputusan dikeluarkan dengan menulis/menaip surat rasmi kepada Penganjur/Ketua Juri. Bayaran sebanyak RM300 akan dikenakan dan tidak akan dikembalikan sekiranya keputusan pertandingan berubah atau tidak berubah.
2.	Sebarang bantahan terhadap pendaki lain hendaklah dibuat 5 minit selepas keputusan dikeluarkan dengan menulis/menaip surat rasmi kepada Penganjur/Ketua Juri. Bayaran sebanyak RM300 akan dikenakan dan tidak akan dikembalikan sekiranya keputusan pertandingan berubah atau tidak berubah.





Lepas Tanggung

Saya faham segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan saya juga faham sekiranya semasa menyertai pertandingan Gunung Lang Rock Climbing Challenge 2020 ini saya mengalami kecederaan akibat berlaku kemalangan atau kehilangan atau kerosakan harta sama ada disebabkan oleh kecuaian saya sendiri atau tidak atau berlaku kematian, saya mengaku akan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai perkara tersebut dan saya atau sesiapa juga yang berkepentingan terhadap saya akan melepaskan tanggungjawab pihak penganjur di atas segala tuntutan yang dibuat terhadap kecederaan akibat kemalangan atau kehilangan atau kerosakan atau kematian yang dialami daripada pertandingan Gunung Lang Rock Climbing Challenge 2020 ini.





GLRCC 2020 DITANGGUHKAN

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa program Gunung Lang Climbing Challenge 2020 bersama dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan Mendaki Negeri Perak telah diadakan pada 15 Mac 2020. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan keputusan untuk bertindak atas kenyataan Kementerian Belia dan Sukan pada 13 Mac 2020.

Justeru itu, pihak penganjur dengan ini mengumumkan program Gunung Lang Rock Climbing Challenge 2020 akan ditangguhkan pada 29 Ogos 2020.

Maklumat terperinci mengenai program akan diumumkan dari masa kesemasa mengikut pada keadaan semasa.

Kami selaku penganjur memohon maaf atas keputusan ini dan mengharapkan agar semua pihak dapat mempertimbangkan keputusan ini demi kepentingan kesihatan kita bersama.

Sekian

Mohammad Zakwan Bin Kamarul Zaman
Presiden
Persatuan Mendaki Negeri Perak

Gunung Lang Rock Climbing Challenge




Updated Announcement

GLRCC 2020 DIBATALKAN 

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa program Gunung Lang Climbing Challenge 2020 bersama dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan Mendaki Negeri Perak telah diadakan pada 28 Mei 2020. 

Justeru itu, pihak penganjur dengan ini mengumumkan program Gunung Lang Rock Climbing Challenge 2020 akan dibatalkan.

Pihak kami juga akan memulangkan wang pendaftaran kepada semua peserta.

**Pihak Persatuan Mendaki Perak akan memulangkan wang pendaftaran kepada setiap peserta melalui online banking dan pihak kami juga akan menghubungi setiap peserta untuk maklumat akaun bank. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh hubungi wakil kami, Izzah melalui panggilan/whatsapp di talian 017-4670412.

Kami selaku penganjur memohon maaf atas keputusan ini dan mengharapkan agar semua pihak dapat mempertimbangkan keputusan ini demi kepentingan kesihatan kita bersama.

Sekian

Mohammad Zakwan Bin Kamarul Zaman
Presiden
Persatuan Mendaki Negeri Perak