Pingat ini layak diterima sekiranya peserta memperolehi langkah yang paling banyak dan melebihi 300,000 dan akan dipilih seramai 30 orang dari kategori Belia serta 120 orang dari kategori Terbuka
S: Bagaimanakah acara Jom Berjalan 10,000 Langkah berfungsi?
J: Jom Berjalan 10,000 Langkah adalah satu cabaran berpasukan. Anda boleh memilih untuk menyertai pasukan yang telah diwujudkan mengikut Kementerian dan Agensi. Untuk layak sebagai finisher, setiap individu perlu melengkapkan 300,000 langkah minimum peribadi dalam tempoh sebulan.
S: Bila dan di mana saya berjalan ?
J: Tempoh untuk mengumpul langkah adalah dari 1 Jun hingga 30 Jun 2023. Dengan kata lain, anda boleh berjalan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa dari 1 Jun hingga 30 Jun 2023 dan memuat naik bukti langkah yang dikumpul dan menyerahkan melalui aplikasi JomRun sebelum atau pada 30 Jun 2023.
S: Apakah yang akan saya perolehi selepas menyertai acara ini ?
J: 1. Kategori Individu: Sijil dan T-shirt Finisher (bagi yang mencapai 300,000 langkah dalam sebulan). 2. Kategori Belia: Top 30 (Medal) 3. Kategori Terbuka: Top 120 (Medal) 4. Kategori Agensi: Top 3 (Piala Iringan)
S: Jika saya tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu 300,000 langkah minimum, adakah saya akan mendapat jersi acara saya ?
J: Tidak, kami menggalakkan semua peserta untuk mencapai langkah yang ditetapkan.
S: Apakah cara untuk saya dapatkan pingat finisher ?
J: Pingat finisher akan dipilih dan diberikan kepada pemenang 30 teratas dalam kategori Belia dan 120 teratas dalam kategori Terbuka.
S: Bolehkah saya menukar butiran yang saya isi semasa pendaftaran ?
J: Saiz baju-T dan nama peserta tidak boleh ditukar. Untuk menukar butiran lain seperti alamat surat-menyurat, sila maklumkan kepada kami di [email protected]
S: Bolehkah saya menukar pasukan yang saya sertai ?
J: Tidak, setelah pendaftaran disahkan, tiada perubahan dan pembatalan yang boleh dilakukan.
S: Bagaimana untuk menghantar bukti langkah ?
J: Dari 1 Jun hingga 30 Jun 2023, gunakan mana-mana aplikasi atau treadmill untuk menjejaki kumpulan jejak langkah anda. Anda boleh menjejaki langkah anda dengan menggunakan salah satu daripada kaedah berikut:
1. Gunakan aplikasi JomRun untuk merakam aktiviti anda (perjalanan mengikut jejak)
2. Sambungkan aplikasi JomRun anda dengan Strava/Suunto/Google Fit/Garmin/MapMyRun/Polar (jejak mengikut langkah sahaja) *Kumpulan langkah mengikut jarak(KM) tidak dibenarkan untuk acara ini. *Untuk Kaedah 1&2, pergi ke tetapan, aktifkan hanya SATU aplikasi pada satu masa. Pergi ke acara yang ingin anda serahkan, klik pada 'aktifkan penjejak aplikasi', penjejak aplikasi hanya boleh diaktifkan untuk SATU acara maya pada satu masa.
S: Bagaimana untuk mendapatkan sijil digital saya ?
J: Buka aplikasi JomRun anda, pergi ke "saya" > pergi ke "e-tiket" > pilih acara maya anda > tekan nama/status anda > tekan ikon sijil di sebelah kanan atas, anda akan dapat memuat turun e- sijil di sana.
SYARAT UTAMA 1. Program dilaksanakan secara virtual. 2. Peserta mestilah dari kalangan warga Kementerian dan Agensi 3. Semua peserta adalah terdiri dalam dua (2) katergori iaitu individu sama ada belia atau terbuka (mengikut umur) dan kategori Agensi mewakili Agensi masing-masing. 4. Tidak dibenarkan mewakilkan orang lain untuk menyertai program ini. 5. Peserta perlu menggunakan aplikasi terpilih sahaja dan akan dimaklumkan melalui emel pengaktifan pendaftaran. 6. Peserta perlu muat turun aplikasi yang akan dimaklumkan menerusi emel tersebut di dalam peranti masing-masing SYARAT KATEGORI INDIVIDU 1. Peserta perlu melengkapkan cabaran 10,000 langkah dalam masa sehari dan 300,000 langkah dalam masa sebulan untuk dinobatkan sebagai ‘finisher’. SYARAT KATEGORI BELIA 1. Peserta hendaklah berumur lima belas (15) tahun hingga tiga puluh (30) tahun pada tarikh 1 Jun 2023. 2. Peserta perlu melengkapkan cabaran 10,000 langkah dalam masa sehari dan 300,000 langkah dalam masa sebulan dengan langkah terbanyak untuk menempatkan diri dalam top 30 kategori belia. SYARAT KATEGORI TERBUKA 1. Peserta hendaklah berumur tiga puluh satu (31) tahun hingga enam puluh (60) tahun pada tarikh 1 Jun 2023. 2. Peserta perlu melengkapkan cabaran 10,000 langkah dalam masa sehari dan 300,000 langkah dalam masa sebulan dengan langkah terbanyak untuk menempatkan diri dalam top 120 kategori terbuka. SYARAT KATEGORI AGENSI 1. Ketiga-tiga kategori di atas secara tidak langsung akan menjadi sebahagian kepada kategori Agensi. Pemenang bagi kategori Agensi ini akan dipilih melului pengumpulan langkah keseluruhan peserta daripada sesebuah Agensi yang paling banyak untuk dinobatkan sebagai pemenang.