LSANK WATER RUN 2020 (5KM FUN RUN)

LSANK WATER RUN 2020 (5KM FUN RUN)
Event Info:
  • 28 March, 2020
  • 06:45 AM (GMT +08:00)
  • Muzium Padi Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah
  • Add to my calendar
Registration Closed

ABOUT

EVENT CANCELLED

Let's run with LSANK WATER RUN 2020 (5KM FUN RUN)!


RACE PACK COLLECTION

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. 

SESI SERAHAN RACEKIT BAGI LSANK WATER RUN 2020 SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA TAHUN 2020

1. Sesi serahan racekit tidak akan dijalankan berikutan keputusan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID19. 
2. Hasil keputusan bersama Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, sesi serahan akan dibuat melalui kaedah pos dan by hand. 
3. Namun begitu, sesi serahan belum dapat dibuat dalam masa terdekat disebabkan oleh kilang yang membekalkan tshirt dan medal shutdown dan baru mula beroperasi pada 4 Mei 2020 atas arahan kerajaan. 
4. Kami memohon kerjasama daripada tuan/puan untuk menyalurkan maklumat seperti NAMA, ALAMAT DAN NO TELEFON bagi tujuan pengeposan sesi serahan racekit kepada +6010-6646679 (Pixhunters Media & Event). 
5. Sebarang pemakluman tentang serahan racekit LSANK Water Run 2020 akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 
6. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan. 

Terima kasih.


REGISTRATION ENDS AT

29 February, 2020 11:59 PM (GMT +08:00)



EARLY BIRD TICKETS ARE AVAILABLE!

LSANK WATER RUN 2020 (5KM FUN RUN)
LSANK WATER RUN 2020 (5KM FUN RUN)



WINNER PRIZES

LSANK WATER RUN 2020 (5KM FUN RUN)
LSANK WATER RUN 2020 (5KM FUN RUN)



ENTITLEMENT

- Sublimate Tshirt
- Medal
- Nombor bib
- String bag
- Sijil Penyertaan
- Cabutan Bertuah
- Roti dan minuman
- Insurans
- Cabutan bertuah*

*20 hadiah cabutan bertuah berupa barangan eletrik





TSHIRT DESIGN & SIZE CHART

LSANK WATER RUN 2020 (5KM FUN RUN)




ROUTE MAP

LSANK WATER RUN 2020 (5KM FUN RUN)




Announcement

PEMBATALAN LSANK WATER RUN 2020 SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2020 ANJURAN LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH 28 MAC 2020

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas. 

2. Dukacita dimaklumkan LSANK Water Run 2020 Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2020 pada 28 Mac 2020 (Sabtu) dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan. 

3. Keputusan ini diambil bagi menyahut saranan daripada pihak kerajaan untuk mengelakkan penularan virus COVID-19 selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. 

4. Lembaga Sumber Air Negeri Kedah memohon kemaafan di atas pembatalan LSANK Water Run 2020. Namun begitu, penyerahan racekit dan finisher item tetap akan dilaksanakan pada 26 Mac 2020 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman. 

Sekian, terima kasih.





ANNOUNCEMENT

Assalamualaikum WBT.

LANJUTAN PENUTUPAN OPERASI BEKERJA LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa penutupan operasi bekerja Lembaga Sumber Air Negeri Kedah akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 bagi menyahut saranan kerajaan untuk inisiatif memutuskan rantaian jangkitan COVID19.

3. Keputusan ini diambil selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 25 Mac 2020.

4. Sesi penyerahan racekit dan finisher item untuk LSANK Water Run 2020 Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2020 pada 26 Mac 2020 akan ditunda kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah melalui [email protected] atau FB Rasmi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Kesulitan amat dikesali. 

Sekian, terima kasih.